Konsonan klik

Konsonan klik ialah bunyi pertuturan yang digunakan sebagai konsonan dalam pelbagai bahasa yang dituturkan di kawasan selatan Afrika, dan juga tiga bahasa di bahagian timur benua tersebut. Konsonan klik merupakan obstruen yang disebut dengan dua tutupan (titik bersentuhan) dalam mulut, satu ke depan dan satu di belakang. Takungan udara yang ditahan di antara tutupan tersebut direnggangkan oleh hisapan lidah. Peniruan bunyi sesetengah jenis haiwan seperti cicak (cak-cak'cak) juga disifatkan sebagai bunyi klik.